Lisa Elissa Photography Rss

Shopping

Apa itu Diaper Grade A?

Grade A adalah diaper yang diimport siap pek dari negara pengeluar/asal.Ianya telah melepasi QC kilang berkenaan, 100% berkeadaan baik. Grade A dijual di negara pengeluar/asal di pasaran terbuka (supermarket, kedai).

Apa itu Diaper Grade B?

Grade B adalah diaper yang tidak memenuhi QC kilang pengeluar dan tidak boleh dipek untuk dijual negara tersebut. Biasanya apabila proses print diaper di kilang terganggu (contoh mesin jem) terdapat diaper yang rosak dalam production line diaper tersebut. Kilang akan reject whole line. Ianya kemudian dijual kepada agen yang membeli grade B ini untuk dijual ke luar negara. Agen akan mengumpul grade B dari kilang berlainan. Apabila agen mendapat order dari pengimport ia kan menimbang diaper grade B ini dan dimampatkan (compress) sebelum dimuatkan di dalam kontena.Grade B adalah diaper yang diimport dalam ‘bales’ yang telah di ‘compress”. Sebab itu grade B yang sampai terdapat pelbagai jenis gambar, rupa dan kaler diaper.

Apabila grade B sampai di kilang pengimport di Malaysia, kerja-kerja memproses diaper dilakukan secara manual oleh pekerja di kilang :

- MEMILIH dan MENGASINGKAN
(memilih hanya diaper yang cukup syarat untuk dipek)

- MEMBUNGKUS/PEK
(diaper yang telah dipilih diakan dipek dlm palstik biasa)

Grade B bukan bermakna ianya tidak berkualiti, malah kualiti diaper tersebut lebih baik berbanding dengan diaper-diaper murah yang dijual di pasaraya/ kedai2. Ia mampu membuat anda tersenyum berpuashati melihat anak anda begitu selesa tanpa kebasahan. Dan anda tidak perlu bangun waktu malam hanya untuk menyalin diaper anak anda. Kini ibubapa mampu tidur dengan lebih lena…apalagi simanja.!!

Panduan menentukan saiz diaper :

Saiz S = untuk kanak-kanak seberat 3kg - 6kg
Saiz M = untuk kanak-kanak seberat 6kg - 9kg
Saiz L = untuk kanak-kanak seberat 9kg - 12kg
Saiz XL = untuk kanak-kanak seberat 12kg - 15kg
Saiz XXL = untuk kanak-kanak seberat 15kg ke atas

scoobedry-copy

wiggles-copy

pureen-copy1Stok

In Hand

Wiggles (Australia)
XXL80 pcs = RM47
XXL60 pcs = RM37
XXL20 pcs = RM13
XL80 pcs = RM40
XL60 pcs = RM32
XL20 pcs = RM12
M80 pcs = RM34
Newborn 80pcs (until 4kg) = RM33

Scoobedry
XL80 pcs = RM44
XL60 pcs = RM35
XL20 pcs = RM13
L80 pcs = RM39
L60 pcs = RM32
L20 pcs = RM12
M80 pcs = RM39
M60 pcs = RM31
M40 pcs (GOLD) = RM22
M20 pcs = RM11
S80 pcs = RM39
S60 pcs = RM30
S20 pcs = RM12

Pureen Dry 5 Premium
XL80 pcs = RM39
XL60 pcs = RM32
XL20 pcs = RM12
L80 pcs = RM37
L60 pcs = RM27
L20 pcs = RM11
M80 pcs = RM34
M20 pcs = RM10
S80 pcs = RM34
S60 pcs = RM26
S20 pcs = RM10

Babysoft Premium (plastic tape-clothlike)
XXL80 pcs = RM45
XXL60 pcs = RM37
XXL20 pcs = RM13
XL80 pcs = RM39
XL60 pcs = RM32
XL20 pcs = RM12
L80 pcs (bingo) = RM37
L60 pcs (bingo) = RM29
L20 pcs (bingo) = RM12
M80 pcs = RM33
M20 pcs = RM10
S80 pcs = RM33
S20 pcs = RM10
 
Maman (Korea)
L80 pcs = RM38
L60 pcs = RM28
L20 pcs = RM1

Tips & Info

Ruam Lampin

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

Gejala-gejala Ruam Lampin

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..

Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.

Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Jangan…

Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.

Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.

Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.